PERBICARAAN
BERMULA pada pukul 12.10 tengah hari semalam.Penggulungan bermula
dengan hujah peguambela Karpal Singh yang membantah keputusan mahkamah
apabila wujud elemen luar iaitu Perdana Menteri bertemu dengan pengadu
iaitu Saiful Bukhari Azlan. Karpal mendakwa wujud keraguan yang
munasabah terhadap kenyataan Saiful yang mana kenyataan itu menurutnya
tidak konsisten dan bercanggah dengan laporan polis.
Sel13.com
melaporkan Selain itu,keputusan mahkamah menerima laporan DNA yang
diperolehi dan tanpa persetujuan tertuduh juga dipertikaikan kerana
wujudnya elemen helah dalam memperolehi DNA yang diambil daripada tuala
Good Morning, botol minuman dan berus gigi.Hubungan peribadi antara
Saiful dengan Farah Azalina juga disentuh apabila permohonan pembela
untuk memanggil Farah Azalina sebagai saksi ditolak oleh mahkamah
walaupun didakwa mempunyai kaitan dengan kes dan mempunyai hubungan
secara langsung dalam kes ini.
Perbicaraan ditangguh dan disambung kembali jam 2.00 petang.
Pukul
2:14 petang semalam Sankara mengambilalih kerja membaca hujah Karpal
Singh sebelum ini.Dan seperti yang diduga,Sankara turut menaikkan
statement Dr.Osman Pusrawi.
Sankara persoalkan bagaimana karipap
daging boleh ditemui di luar bilik sedangkan dalam kenyataan sebelum
ini, karipap daging itu dimakan selepas Anwar meliwat Saiful. Sankara
mengulas kenyataan Saiful yang mendakwa telah mengunci pintu supaya
tiada sesiapa yang dapat masuk ke premis berkenaan ketika berlakunya
liwat.
Dalam hal ini,Sankara mempertikaikan bagaimana karipap dan
kuih boleh berada di unit tersebut sekiranya tiada sesiapa pun yang
dapat masuk kerana pintu dikunci. Sankara juga mempertikaikan bagaimana
Saiful mendengar perbualan mengenai permintaan individu meminta nombor
telefon Ketua Polis Negara ketika itu (Musa Hassan) semasa berada di
kediaman Perdana menteri dan menegaskan kes liwat membabitkan Anwar
Ibrahim itu adalah campurtangan politik semata-mata.
Sankara juga
menegaskan terdapat percanggahan keputusan di kalangan laporan.
Seterusnya kenyataan Jude Pereira yang menyatakan tiada tempat yang
mencukupi untuk menyimpan bahan bukti dan bertindak menyimpan sendiri
dan itu membuktikan wujudnya, ‘mishandling’ terhadap bahan bukti. Jude
menyatakan bahawa barang bukti itu tidak diletakkan di dalam freezer dan
menganggapnya sebagai tidak perlu kerana termaktub dalam IGSO.
Anwar kelihatan dan sangat jelas susah hati. Wajah cerianya sebelum itu, langsung tidak kelihatan.
Sankara
Nair mempersoalkan kaedah ambil bahan-bahan bukti bersandarkan
kenyataan Dr. Seah. Dia mengemukakan bukti-bukti yang sudah diserahkan
kepada mahkamah dan mempersoalkan segala prosedur.Sankara Nair
menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan
koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan
ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti
proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan
pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor
pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.
Sankara Nair pertikaikan
tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma)
dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen
bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut
tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka
ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang
terkandung pada sperma berkenaan.Sankara mempertikaikan tentang
tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar
Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara
turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!
Peguambela
juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang
merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom
tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang
didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.
Saiful dipertikai kerana
tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat
meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga
tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat
demikian.
Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai
SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak
salah.
Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit
yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkan exhibit Lelaki Y yang
disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim
seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala
Good Morning juga dikatakan tidak fresh.Ram Karpal banyak menekankan
bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat
lagi diada-adakan.Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur
sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA
sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan
oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis
Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.
Ulasan
peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan
pelanggar beberapa langkah dan prosedur dalam hal pengumpulan,
penyimpanan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan
melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek.
Tempoh yang lama
untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan
pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian
patologi.
Pukul 5:09 petang semalam – Perbicaraam ditangguhkan pada 13 Disember 2011 jam 1.30 tengah hari