Jika sebelum ini Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertegas akan
mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog Sekupangduas
berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini Ahli Parlimen Taiping itu
menukar nadanya apabila meminta penulis itu memohon maaf.
Kor Ming dalam satu sidang akhbar malam tadi berkata, beliau memberi
tempoh 48 jam kepada penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47,
supaya berbuat demikian atau berdepan tindakan mahkamah.
"Sepucuk surat telah dikeluarkan petang semalam menuntut Sekupangduas
memohon maaf kepada saya dalam tempoh 48 jam atau bakal berhadapan
tindakan di mahkamah," katanya.
Isnin lalu, Kor Ming dalam satu kenyataan menegaskan akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas Ahmad Sofian, 10 hari selepas penulis
blog itu mendedahkan salah guna kuasa dalam pemberian tender melibatkan
isteri pemimpin DAP itu ketika pakatan pembangkang mengambil alih
kerajaan negeri pada 2008.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com
pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang
menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Dokumen itu mendedahkan Ethan dan Elton, syarikat yang mana isteri
Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya memenangi kontrak
tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.
Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi itu pada
asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 sebelum
diberikan kepada Ethan dan Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri
ketika itu.
Sementara itu, Kor Ming membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Ipoh pagi ini selepas mendakwa menerima sepucuk surat
ugutan dan sebutir peluru hidup petang semalam.
Kor Ming berkata, laporan polis itu dibuat kerana beliau memandang serius ancaman tersebut dan mahu polis menyiasat perkara itu.
Semalam, Ahli Parlimen Taiping itu mendakwa menerima sepucuk surat
ugutan berisi sebutir peluru hidup yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer
Tawar dekat Sitiawan.
Beliau memberitahu, peluru hidup itu dibungkus dalam kertas tisu dan akhbar bahasa Tamil.
Bagaimanapun, Kor Ming menafikan pihaknya menuduh UMNO bertanggungjawab atas kejadian itu.
Salam, tak terfikir utk kemakamah sblm nie, tapi disbb utk rakyat Wajib tahu penyelewengan sbgai HAK kebenaran, adakah rakyat boleh diugut Dgn saman, adakah disbb kan sbgai lawyer rakyat mesti tutup mulut Dan akur... Jadi nak bagitau pada yg seronok menyamun Dan perbodohkan rakyat... Insyallah rakyat tetap menentang penyelewengan Dan korupsi kerana kuasa ditangan rakyat yg mau kan negara Aman Dan bersih, tq for the post n support!
BalasPadam