ANIMASI

Jumaat, 30 Disember 2011

NGA KOR MING MEMANG TAK MALU!!


Jika sebelum ini Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog Sekupangduas berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini Ahli Parlimen Taiping itu menukar nadanya apabila meminta penulis itu memohon maaf.

Kor Ming dalam satu sidang akhbar malam tadi berkata, beliau memberi tempoh 48 jam kepada penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, supaya berbuat demikian atau berdepan tindakan mahkamah.
"Sepucuk surat telah dikeluarkan petang semalam menuntut Sekupangduas memohon maaf kepada saya dalam tempoh 48 jam atau bakal berhadapan tindakan di mahkamah," katanya.

Isnin lalu, Kor Ming dalam satu kenyataan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Sofian, 10 hari selepas penulis blog itu mendedahkan salah guna kuasa dalam pemberian tender melibatkan isteri pemimpin DAP itu ketika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008. 

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dokumen itu mendedahkan Ethan dan Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi itu pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 sebelum diberikan kepada Ethan dan Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Sementara itu, Kor Ming membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pagi ini selepas mendakwa menerima sepucuk surat ugutan dan sebutir peluru hidup petang semalam.
Kor Ming berkata, laporan polis itu dibuat kerana beliau memandang serius ancaman tersebut dan mahu polis menyiasat perkara itu.

Semalam, Ahli Parlimen Taiping itu mendakwa menerima sepucuk surat ugutan berisi sebutir peluru hidup yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer Tawar dekat Sitiawan.

Beliau memberitahu, peluru hidup itu dibungkus dalam kertas tisu dan akhbar bahasa Tamil.
Bagaimanapun, Kor Ming menafikan pihaknya menuduh UMNO bertanggungjawab atas kejadian itu.


PS: NGA KOR MING muka tak malu..meluat mama nengok.. syabas Abg Sofian sekupang Dua..

1 ulasan:

  1. Salam, tak terfikir utk kemakamah sblm nie, tapi disbb utk rakyat Wajib tahu penyelewengan sbgai HAK kebenaran, adakah rakyat boleh diugut Dgn saman, adakah disbb kan sbgai lawyer rakyat mesti tutup mulut Dan akur... Jadi nak bagitau pada yg seronok menyamun Dan perbodohkan rakyat... Insyallah rakyat tetap menentang penyelewengan Dan korupsi kerana kuasa ditangan rakyat yg mau kan negara Aman Dan bersih, tq for the post n support!

    BalasPadam

tulis elok-elok jangan ikut emosi