Dalam serbuan diketuai Pegawai Penguat kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd
bersama 19 orang anggota MPSJ dan 11 anggota Jais itu, empat lagi tukang
urut wanita termasuk pemilik premis beragama Islam ditahan.
Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan MPSJ berkata, pihaknya menerima
aduan berhubung aktiviti tidak bermoral yang dijalankan di premis
berkenaan sebelum ini. Hasil siasatan ke atas premis mendapati terdapat
empat pekerja wanita beragama Islam bekerja sebagai tukang urut.
“Pemeriksaan mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah
daripada MPSJ, tetapi pengusaha melanggar syarat-syarat lesen pusat
kecantikan dan kesihatan yang dikeluarkan majlis dengan menawarkan
khidmat urutan batin kepada pelanggan.
ps: Kenapalah kerajaan Selangor ni tak banteras semua kegiatan maksiat ini..makin teruk semenjak akhir-akhir ini.

