KOTA BHARU - Setelah beberapa hari mencetuskan kontroversi, cakera padat (CD) Ustaz Budak’ yang dikatakan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, akhirnya CD tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Penyerahan yang dilakukan penduduk Pasir Mas kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini semalam.
Wakil penduduk, Mohd Nor Ismail berkata, tindakan tersebut bertujuan
menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap
kandungan CD berkenaan apabila didakwa boleh memesongkan akidah umat
Islam.
“CD ini saya perolehi daripada rakan, kandungannya menyamakan Datuk Nik
Abdul Aziz dengan nabi, sedangkan al-Quran dan hadis menjelaskan bahawa
tidak ada lagi nabi selepas Muhammad SAW,” katanya ketika ditemui di
pekarangan pejabat JHEAIK di sini, semalam, bersama 15 wakil penduduk
lain.
Mohd Nor berkata, CD berkenaan diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir,
Hasmah Omar, itu turut menuntut pihak jabatan berkenaan melakukan
siasatan terhadap penceramah berkenaan, Shamsul Zaman Sukri.
Menurutnya, siasatan tersebut penting bagi memastikan akidah dan
kepercayaan umat Islam tidak terpesong lebih- lebih lagi golongan kanak-
kanak.
Sementara itu, Shamsul Zaman yang juga penceramah Pas dalam siri
ceramahnya sebelum ini dikatakan menyamakan Nik Aziz yang juga Menteri
Besar Kelantan dengan nabi berasaskan hadis, ulama adalah pewaris nabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tulis elok-elok jangan ikut emosi