ANIMASI

Jumaat, 16 Disember 2011

SUKA SAMA SUKA




PERBICARAAN BERMULA pada pukul 12.10 tengah hari semalam.Penggulungan bermula dengan hujah peguambela Karpal Singh yang membantah keputusan mahkamah apabila wujud elemen luar iaitu Perdana Menteri bertemu dengan pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan. Karpal mendakwa wujud keraguan yang munasabah terhadap kenyataan Saiful yang mana kenyataan itu menurutnya tidak konsisten dan bercanggah dengan laporan polis.

Sel13.com melaporkan Selain itu,keputusan mahkamah menerima laporan DNA yang diperolehi dan tanpa persetujuan tertuduh juga dipertikaikan kerana wujudnya elemen helah dalam memperolehi DNA yang diambil daripada tuala Good Morning, botol minuman dan berus gigi.Hubungan peribadi antara Saiful dengan Farah Azalina juga disentuh apabila permohonan pembela untuk memanggil Farah Azalina sebagai saksi ditolak oleh mahkamah walaupun didakwa mempunyai kaitan dengan kes dan mempunyai hubungan secara langsung dalam kes ini.

Perbicaraan ditangguh dan disambung kembali jam 2.00 petang.

Pukul 2:14 petang semalam Sankara mengambilalih kerja membaca hujah Karpal Singh sebelum ini.Dan seperti yang diduga,Sankara turut menaikkan statement Dr.Osman Pusrawi.

Sankara persoalkan bagaimana karipap daging boleh ditemui di luar bilik sedangkan dalam kenyataan sebelum ini, karipap daging itu dimakan selepas Anwar meliwat Saiful. Sankara mengulas kenyataan Saiful yang mendakwa telah mengunci pintu supaya tiada sesiapa yang dapat masuk ke premis berkenaan ketika berlakunya liwat.

Dalam hal ini,Sankara mempertikaikan bagaimana karipap dan kuih boleh berada di unit tersebut sekiranya tiada sesiapa pun yang dapat masuk kerana pintu dikunci. Sankara juga mempertikaikan bagaimana Saiful mendengar perbualan mengenai permintaan individu meminta nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu (Musa Hassan) semasa berada di kediaman Perdana menteri dan menegaskan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim itu adalah campurtangan politik semata-mata.

Sankara juga menegaskan terdapat percanggahan keputusan di kalangan laporan. Seterusnya kenyataan Jude Pereira yang menyatakan tiada tempat yang mencukupi untuk menyimpan bahan bukti dan bertindak menyimpan sendiri dan itu membuktikan wujudnya, ‘mishandling’ terhadap bahan bukti. Jude menyatakan bahawa barang bukti itu tidak diletakkan di dalam freezer dan menganggapnya sebagai tidak perlu kerana termaktub dalam IGSO.

Anwar kelihatan dan sangat jelas susah hati. Wajah cerianya sebelum itu, langsung tidak kelihatan.

Sankara Nair mempersoalkan kaedah ambil bahan-bahan bukti bersandarkan kenyataan Dr. Seah. Dia mengemukakan bukti-bukti yang sudah diserahkan kepada mahkamah dan mempersoalkan segala prosedur.Sankara Nair menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.

Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan.Sankara mempertikaikan tentang tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!

Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.

Saiful dipertikai kerana tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat demikian.

Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak salah.

Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkan exhibit Lelaki Y yang disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala Good Morning juga dikatakan tidak fresh.Ram Karpal banyak menekankan bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat lagi diada-adakan.Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.

Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.

Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan prosedur dalam hal pengumpulan, penyimpanan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek.

Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.

Pukul 5:09 petang semalam – Perbicaraam ditangguhkan pada 13 Disember 2011 jam 1.30 tengah hari

1 ulasan:

tulis elok-elok jangan ikut emosi