ANIMASI

Rabu, 23 November 2011

WOW! MERAH DI KELANTAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kelantan hari ini bagi program turun padangnya dengan disambut meriah oleh 200 pemimpin Barisan Nasional yang berpakaian serba merah dan pegawai kerajaan persekutuan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin antara pemimpin yang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa pada 8.30 pagi.

Sejurus tiba, beliau mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Barisan Nasional Kelantan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dijadual menghadiri program ‘Townhall Meeting’ serta majlis penyampaian cek dan sijil bantuan kerajaan persekutuan bersama warga sekolah agama.

Di Pasir Mas, beliau dijadual menghadiri program penyampaian cek kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismallah untuk membina bangunan madrasah yang baru.
Muhyiddin akan turut melawat Tanah Merah dan Machang sebelum berlepas pulang ke ibu negara petang ini.

1 ulasan:

tulis elok-elok jangan ikut emosi