ANIMASI

Rabu, 30 November 2011

ISTILAH LUAR BIASA WANITA


Pergerakan Wanita UMNO bersedia menyahut cabaran Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan perkhidmatan luar biasa kepada rakyat demi keutuhan parti.
 
Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, Presiden turut menegaskan bahawa istilah luar biasa itu harus merangkumi aspek perjuangan, ketaatan dan perpaduan.

Kita sangat teruja dengan istilah luar biasa yang digunakan oleh Presiden, ia telah menaikkan semangat Wanita untuk bekerja keras demi kepentingan rakyat. 

"Perdana Menteri mahu kita bantu rakyat apatah lagi pilihan raya semakin hampir, maka seruan itu kita boleh jadikan ia sebagai panduan untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. 

Shahrizat seterusnya berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya semua ahli Wanita turun padang bertemu sendiri dengan rakyat bagi mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Kata beliau, dengan langkah itu, masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan secara lancar tanpa gangguan pihak-pihak tertentu.
"Wanita akan bekerja bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menyusun jentera dengan lebih strategik," jelasnya.

2 ulasan:

  1. Sdri HOT MAMA minta izin masuk

    UMNO tidak bolih Berubah.

    Untuk mencari sebab dan musabab asbab rasional rasion d etre why's logik dll semua sudah tau sadikit sebanyak ...
    kalau nak buat forum maya , tak cukup isian catit hujah.

    UMNO tidak mampu berubah.


    Hakiki nya perjuangan yang sebenar adalah ubah UMNO untuk hadapi PR dan ambil alih kuasa dari PR di semua 4 negeri dan 1 negeri yang wajib di sahihkan melalui PRU.
    Masaalah nya 3.4 juta ahli UMNO sudah menjadi peniaga warong jual telor setengah masak.
    Najib kalau betul betul nak menang,sepatutnya mulakan transformasi dalam UMNO mulai 2008, baru panggil Idris untuk ETP KRA KPI liberalisasi dll.
    Najib panggil aje Idris untuk buat laboratory untuk UMNO, dengan powerpoint dengan blue ocean stareji untuk UMNO mesti semua orang tergamang dan Najib cakap sikit aja, pasti orang lama yang di sindir itu, undur diri, tak payah suruh suruh di PAU.
    Kalu nak menang PRU kali,saya wajib Najib kasi balik apa yang dia cairkan kepentingan Melayu yang dia mulai dengan Amanah saham PBN kuota Bumiputera yang di beri kapada non Bumi,tarik balik liberalisasi sektor ekonomi,ta payah lah bawa balik talent daripada 1,000,000 malaysia diaspora,tak payah lah bagi piecemeal one one handout kapada orang Melayu,dengan subsidi tepong gula minyak petrol gas beras yang seludup keluar ke negara 4 negara jiran .
    Tak payah tunjuk baik hati dengan 2.3 juta pekerja asing yang telah mengeluarkan 15 billion RM,ya, 15 billionRM kapada Indonesia akhir september 2011, semua sebab mereka dapat kemudahan subsidi demi subsidpergi hospital bayr 2rm aje.,pergi kedai KR1mm abis di bolot tepon gula minyak makan gula.

    Tak payah nak tunjuk liberal baik hati konon kapada Sekolah vernakular, Namewee Sibai.
    tak payah lah nak kasi muka habis jual asset negara MAS..esso petronas .
    Tak payah lah bermuka dengan Obama, ingat dia kasi kita makan ke ?Kita tak perlu pujian Obama atau sesiapa.
    Tak payah pergi lawatan antara bangsa menagih syiok sendiri kepujian sendiri cakap dari negeri itu dan ini,world view sangat kita ?
    Reseb negara baru RM333 billion.
    Najib tak payah lah buat road show nak populist.
    Sebalik nya ,keluarga semua ada kepentingan macam CIMB MAS AA Sime E O PNB 1billion 100 storey tower .
    Najib punya solution berasas throw money throw money throw money and sell asset demi asset...
    Cara ini bukan nya BLUE ocean strateji nama nya..

    Cuba lah blue ocean dengan 3,433,536 ahli UMNO dulu,tengok ama cam ?
    UMNO sudah tidak mewakili orang Melayu lagi sebab kepentingan orang Melayu sudah campak keluar olih Najib dan semua 3,433,536 ahli UMNO diam.Guan Eng pergi Sehamat leaps hina negeri Johor,berapa orang pergi bantah dia ? 800 kut.
    Melayu UMNO ?
    Mungkin ade peluang,tapi tipis
    kalu balik kapada UMNO Meminpin Melayu dan Melayu meminpin BN yang meminpin negara.
    Key word pimpin bukan kawal.
    Ter Pulang kapada anda Najib, sebab PRU bolih buat 2013 ,tapi masa dah sengkat dan global ekonomi tidak menyebelahi anda.....dan kami orang Melayu.
    Walau apa pun, saya pasti saya mau gemilang orang Melayu balik kepersada negera kita .
    saya tidak mau 1Malaysia sebab merugikan orang Melayu dan UMNO.


    Berani kah Najib ?

    Saya rasa tidak.

    Kerana UMNO tidak bolih berubah.

    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam

tulis elok-elok jangan ikut emosi