ANIMASI

Rabu, 30 November 2011

ISTILAH LUAR BIASA WANITA


Pergerakan Wanita UMNO bersedia menyahut cabaran Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan perkhidmatan luar biasa kepada rakyat demi keutuhan parti.
 
Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, Presiden turut menegaskan bahawa istilah luar biasa itu harus merangkumi aspek perjuangan, ketaatan dan perpaduan.

Kita sangat teruja dengan istilah luar biasa yang digunakan oleh Presiden, ia telah menaikkan semangat Wanita untuk bekerja keras demi kepentingan rakyat. 

"Perdana Menteri mahu kita bantu rakyat apatah lagi pilihan raya semakin hampir, maka seruan itu kita boleh jadikan ia sebagai panduan untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. 

Shahrizat seterusnya berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya semua ahli Wanita turun padang bertemu sendiri dengan rakyat bagi mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Kata beliau, dengan langkah itu, masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan secara lancar tanpa gangguan pihak-pihak tertentu.
"Wanita akan bekerja bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menyusun jentera dengan lebih strategik," jelasnya.

Rabu, 23 November 2011

WOW! MERAH DI KELANTAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kelantan hari ini bagi program turun padangnya dengan disambut meriah oleh 200 pemimpin Barisan Nasional yang berpakaian serba merah dan pegawai kerajaan persekutuan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin antara pemimpin yang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa pada 8.30 pagi.

Sejurus tiba, beliau mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Barisan Nasional Kelantan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dijadual menghadiri program ‘Townhall Meeting’ serta majlis penyampaian cek dan sijil bantuan kerajaan persekutuan bersama warga sekolah agama.

Di Pasir Mas, beliau dijadual menghadiri program penyampaian cek kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismallah untuk membina bangunan madrasah yang baru.
Muhyiddin akan turut melawat Tanah Merah dan Machang sebelum berlepas pulang ke ibu negara petang ini.

Selasa, 22 November 2011

18sx- JLO BUAT AKSI LUCAH DI KABARKAN GILA SEKS!!

JLO membuat kontroversi dengan membuat aksi panas bersama Pitbull didalam persembahanya baru-baru ini.JLO juga dikabarkan membuat aksi gila seks sewaktu membuat persembahan di  American Music Award.

Ahad, 20 November 2011

18SX- DINODA ATAS PASIR!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEKiCYNUEUsZOkd2oSHGoaghh4wQJTPLV2mlsudqBoFBdhnz3dKc9x83-TGh6UYVvytodD0QtHWQ2zyX14kj6TazPYGnXDD0hrWeH9yO2Fihi9he2AvoHpf1W7aGc-P4DcawkCGj1evms/s400/syarini3.jpg

JERTIH: Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November lalu.

Mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Kota Bharu tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu dan dihantar pulang oleh teman lelakinya ke kampung neneknya pada hari kejadian.


Ketika ditinggalkan pada jam 2.20 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki menuju ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kuala Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.


Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.


Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelaki terbongkar.


“Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suspek.


“Pada masa sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa mangsa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.


“Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya,” katanya.


Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.


Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada petang hari sama dan mereka direman seminggu bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Rabu, 2 November 2011

HOT: ARTIS INDONESIA GERAM GAMBAR BUAH DADA TERSEBAT DI INTERNET






Sesiapa pun yang mengenali aktres Nikita Willy menerusi sinetron dilakonkannya pasti menyangka pelakon itu seorang yang sabar dan bersopan santun.
Bagaimanapun, dalam kehidupan seharian dan terutama ketika berpesta bersama rakannya, Nikita jelas berbeza.

Baru-baru ini, foto Nikita di sebuah kelab malam bersama rakannya tersebar dengan meluas. Bintang sinetron ‘Putri Yang Ditukar’ itu muncul dengan gaun merah seksi yang mendedahkan dadanya.

Bukan itu saja, malah remaja kelahiran 29 Jun 1994 itu dilihat turut memeluk erat seorang jejaka yang dipercayai kekasihnya, Bara Tampubolon. Terdapat juga foto lain menunjukkan Nikita tampil dengan baju seksi dan mendedahkan pinggangnya ketika bersama temannya.

Hingga saat ini, jurucakap Nikita belum dapat mengesahkan mengenai foto berkenaan. Ibu pelakon itu, Yora juga tidak memberikan sebarang ulasan.