Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 baru-baru ini sebagai hambar seperti yang didakwa pembangkang.
Rais sebaliknya berkata, perayaan Hari Merdeka yang disambut serentak
dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lepas mendapat sambutan
baik rakyat selain meninggalkan kesan patriotisme dan semangat kekitaan
dalam kalangan mereka.
"Hanya Yang Berhormat yang kata hambar, barangkali mungkin parti Yang
Berhormat kurang kisah tentang perayaan Hari Merdeka atau cara Yang
Berhormat melihat Hari Malaysia.
"Saya katakan begitu kerana semua negeri, kecuali di Kelantan dan
sedikit sebanyak di Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang tidak
menonjolkan perayaan ini.
"Saya cadang Yang Berhormat melihat kembali dalam pintu hati sendiri
sama ada betul atau tidak komen tersebut,” katanya ketika menjawab
soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mengenai perkara itu
pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini
* Awat dok kecoh-kecoh nak habaq orang tak sambut merdeka. Yang hampa tak semangat patriotik dok tuduh orang tak semangat buat apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tulis elok-elok jangan ikut emosi