ANIMASI

Isnin, 3 Oktober 2011

MENANG YANG BESAR!!



Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin dan ahli UMNO perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan kembali berpegang pada asas perjuangan parti jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli UMNO di semua peringkat mesti sedar bahawa mereka berjuang bersama parti tersebut demi agama, bangsa dan negara, bukannya kerana ingin mendapat jawatan atau habuan.
Pada masa sama, kata beliau, mereka seharusnya sentiasa bersyukur dan berpuas hati selagi kepentingan agama, bangsa serta tanah air terpelihara meskipun tidak mendapat jawatan, tidak menjadi calon atau calon pilihan mereka tidak terpilih.
“Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dengan setakat yang diperoleh, Insya-Allah UMNO akan bersatu dan boleh menang besar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kedah Siri 2 dihadiri lebih 4,000 orang di Dewan Wawasan Jitra, hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah serta Datuk Mukhriz Mahathir.
Menurut Dr. Mahathir, semangat perjuangan UMNO dalam kalangan pemimpin dan para ahlinya pada masa ini dilihat agak pudar akibat sikap melebihkan kepentingan peribadi berbanding parti sehingga sanggup sabotaj sesama sendiri.
Akibat sikap demikian, katanya, wujud ‘penyakit’ cantas mencantas yang dilihat masih kritikal dalam parti itu apabila calon pilihan atau diri sendiri tidak terpilih sehingga sanggup berusaha membuktikan senarai terpilih itu tidak menepati kriteria ‘calon boleh menang’.
“Sampai sekarang ada puak-puak dalam parti. Kita tidak boleh hanya setia pada orang itu atau orang ini, tetapi perlu setia kepada parti,” ujar beliau.

1 ulasan:

tulis elok-elok jangan ikut emosi