ANIMASI

Khamis, 15 September 2011

SAYA MINAT SEKS, SAYA TAK MINAT SKODENG- MAT SABU

 
KUALA LUMPUR 14 Sept. - "Saya tak tahu." Itu jawapan terkini Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai Video Rakaman Perbualan Seks yang mengaitkan beliau.
Malah beliau sendiri tidak berminat untuk menonton Video tersebut walaupun diasak berbuat demikian.
"Video Seks (Chua) Soi Lek pun saya tak tengok," kata beliau sambil melemparkan senyuman.
Paparan Video tersebut telah didedahkan beberapa blog yang mengaitkan Mat Sabu dengan wanita yang didakwa merupakan individu yang pernah dituduh berkhalwat dengannya satu ketika dahulu.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Media di Ibu Pejabat PAS petang tadi.
Pada sessi tersebut, Mat Sabu juga akan meneruskan niat untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia berkenaan penulisan yang menyebabkan beliau dicemuh masyarakat.

Sebelum ini tempoh selama 24jam diberi kepada pihak akbar terbabit untuk menarik balik artikel yang bertarikh 27 Ogos itu.
Setelah tiada respon diterima maka hari ini Mat Sabu bersama peguamnya Hanipa Maidin memulakan writ fail saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Defenden pertama dinamakan sebagai Datuk Aziz Ishak, Pengarang Utusan dan penerbit,  Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defenden kedua.


1 ulasan:

tulis elok-elok jangan ikut emosi