ANIMASI

Rabu, 14 September 2011

SMS LUCAH DARI ZAIN KEPADA IKA NABILA


PETALING JAYA 14 Sept. - Pelakon Zain Saidin, 27, merasakan reputasinya sebagai seorang selebriti agak terjejas apabila isu kononnya dia menghantar mesej lucah melalui Blackberry Messenger (BBM) kepada penyanyi Ika Nabila didedahkan oleh Melodi pada 4 September lalu.

Kata Zain yang menafikan tentang penghantaran BBM tersebut, dia terkejut apabila isu berkenaan tiba-tiba dibangkitkan sedangkan dia langsung tidak pernah rapat dengan penyanyi tersebut.

"Saya terkejut apabila dikatakan menghantar mesej lucah kepada Ika sedangkan kami tidak pernah berkawan rapat atau pun bergandingan bersama dalam mana-mana drama.

"Bila keadaan ini terjadi, saya percaya, reputasi saya sebagai seorang pelakon turut tergugat kerana bukan semua orang suka dengan cerita-cerita negatif tentang selebriti-selebriti tempatan," katanya yang dihubungi wakil Laman Portal mStar Online, di sini, Isnin.

Sebelum ini, Ika pernah membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 bahawa Zain telah menghantar mesej lucah kepadanya sehingga membuatkan dia rimas dengan mesej-mesej tersebut.
Ika Nabila.

Bagaimanapun, Ika dan Zain telah dipertemukan dalam rancangan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka saling bermaaf-maafan.

Tambah Zain, apabila dia disoal secara tiba-tiba oleh wartawan rancangan tersebut, dia terkedu dan tidak sangka namanya boleh dikaitkan tentang cerita-cerita negatif seperti itu.

"Apa-apa pun saya tidak bersalah tentang hal ini dan tidak mahu memanjangkan cerita. Biaslah, ada yang menyukai kita dan ada yang tidak.

"Lagipun saya tak ambil kisah dengan isu ini. Mana tahu, ada orang lain yang menggunakan nama saya dalam BBM dia (Ika), saya tak tahu. Biarlah saya terima isu ini sebagai perkara positif," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Kiah Pekasam musim kedua di Perlis.

Dalam pada itu, Zain memberitahu, dia dan Ika tidak lagi mempunyai masalah selepas dipertemukan dalam rancangan tersebut.

1 ulasan:

tulis elok-elok jangan ikut emosi