Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh semalam
memperjelaskan kepada wartawan mengenai ketidakhadiran beliau
ke Sambutan 60 Tahun PAS di Kepala Batas kerana keadaan kesihatan yang
kurang memuaskan.
Beliau turut
menafikan sekeras-kerasnya ketidakhadiran beliau disengajakan ataupun
beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong
parti itu.
Semalam dikatakan beberapa Pemimpin
Pakatan tidak dapat menjawab sebab Karpal Singh tidak hadir untuk turut
serta pada Majlis yang berlangsung gilang gemilang dengan kehadiran 10
ribu orang.
Antara Pemimpin PAS yang hadir
termasuklah Presiden Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan beliau Mohamad
Sabu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan
lain parti itu.

