ANIMASI

Jumaat, 16 Disember 2011

MELACUR: Suami isteri mengaku tak salah paksa wanita melacur?


SEREMBAN - Sepasang suami isteri dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan memukul dan memaksa seorang wanita supaya melacurkan diri di sebuah hotel di sini, bulan lalu.
Tertuduh, M. Ramesh, 27, dan isterinya, R. Umadevi, 28; serta S. Alagernthiren, 24; masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nursinah Adzmi dan meminta dibicarakan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama memukul mangsa yang berusia 19 tahun menggunakan kerusi dan mengugut akan membunuhnya jika enggan melacur di Hotel Famous di sini, kira-kira jam 11 pagi pada 22 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum mengikut peruntukan sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda. - BERNAMA

1 ulasan:

tulis elok-elok jangan ikut emosi